Saturday, July 25, 2009

myMultiple Stream of Income

Ini Cubaan saja. Belum bersedia lagi nak mula. Cuma nak bagi tau baru-baru ini saya diperkenalkan dengan satu syarikat MLM yang berasal dari Jepun yang telah beroperasi selama sepuluh tahun. Syarikat ini dikatakan yang ke-5 terbesar di Jepun. Syarikat terbesar di Jepun ialah Toyota diikuti Sony. Siapa yang tak kenal syarikat gergasi dari Jepun ini. Syarikat MLM ini telah memasuki negara Taiwan, kemudian Hong Kong dan tahun lepas (2008) negara Singapura. Dijangkakan ia akan memasuki pasaran Malaysia pada november 2009 ini. Syarikat ini tidak mempunyai sebarag hutang. Di Jepun adalah menjadi kebiasaan syarikat mempunyai hutang.

Dari segi produk, hanya terdapat dua produk sahaja yang dijual iaitu air kesihatan dan kapsul kesihatan. Menurut usahawan MLM syarikat tersebut setahun hasil jualan satu produk sahaja bernilai RM 1.4 bilion bukan million (juta). Kedua-dua produk tersebut dikatakan sungguh hebat. Ia mempunyai pelbagai fungsi kesihatan. Produl air yang dikenali sebagai Izumo boleh memulih kembali keadaan DNA kita yang rosak akibat radikal bebas.

Pasaran masih lagi luas kerana setakat ini baru 4 buah negara yang ada pejabat operasi dan Malaysia bakal menjadi negara yang ke-5 membuka cawangan. Selepas itu syarikat ini akan membuka cawangan seterusnya ke Indonesia yang mempunyai penduduk seramai 300juta. Matlamat syarikat ini ialah untuk membuka cawangan di 120 buah negara. Apa yang lebih menarik ialah ia menggunakan sistem Global Autoplacement. Ini bermakna terdapat peluang untuk mendapat downline.

Cukup setakat ini maklumat yang boleh saya kongsikan. Saya baru sahaja berdaftar tapi kena daftar kat Singapura kerana belum ada lagi cawangan kat Malaysia dan dah tentu kena buat pasport untuk daftar. Ops.. hampir terlupa nak bagitau nama syarikat tersebut ialah Naturally-Plus.
 
.:   MalaysiaVisit.blogspot.com : Visit Malaysia 2007 : Eye On Malaysia! : Promote our country! :.